Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERKONGSIAN MAKLUMAT NFCC KEATAS JABATAN LAUT MALAYSIA (JLM)

KLANG, 15 Mei 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC serta pegawai kanan NFCC telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan rasmi keatas Datuk Hj. Dickson Dollah, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia, sebagai salah satu platform memperkukuh hubungan strategik serta menjalinkan kerjasama antara agensi. 

Lawatan ini turut membuka ruang perkongsian maklumat, pengalaman dan pandangan berkaitan pengurusan serta pelaksanaan tugas di peringkat jabatan bagi meningkatkan kefahaman dan jaringan profesional antara pihak terlibat.

#NFCC
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#Integriti
#TaatSetia

PERBINCANGAN BERSAMA SURUHANJAYA KREDIT PENGGUNA

PUTRAJAYA, 7 Mei 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC bersama Pengarah Kanan serta pegawai kanan NFCC telah menyambut kehadiran Suruhanjaya Kredit Pengguna yang diketuai oleh  Tuan Aerie Rahman, Pengarah Penguatkuasaan Suruhanjaya Kredit Pengguna. 

Perbincangan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha membanteras jenayah kewangan serta meningkatkan perlindungan pengguna dalam sektor kredit dan kewangan. Perbincangan ini turut memberi fokus kepada perkongsian maklumat, penyelarasan dasar, dan pengukuhan mekanisme pemantauan bagi menangani isu penipuan kewangan, penyalahgunaan kredit, dan aktiviti kewangan tidak sah.

Selain itu, sesi perbincangan ini bertujuan mengenal pasti peluang kolaborasi dalam aspek kesedaran awam, pendidikan kewangan, dan pemerkasaan pengguna agar masyarakat lebih peka terhadap risiko jenayah kewangan. Kerjasama ini juga diharap dapat menyokong pembangunan ekosistem kewangan yang lebih selamat, telus, dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi negara.

BENGKEL KESEDARAN JENAYAH MATA WANG KRIPTO 

SEPANG, 5 Mei 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengadakan Bengkel Kesedaran Jenayah Mata Wang Kripto di CyberSecurity Malaysia, Cyberjaya. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 110 orang pegawai penyiasat dari pelbagai agensi jawatankuasa eksekutif NFCC.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran peserta mengenai risiko serta ancaman jenayah kewangan yang melibatkan penggunaan aset digital dan mata wang kripto. Bengkel ini memberi pendedahan berkaitan modus operandi penipuan, pengubahan wang haram, penipuan pelaburan digital, serta penyalahgunaan teknologi blockchain yang semakin berkembang.

Selain itu, program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan peserta tentang langkah pencegahan, pematuhan perundangan, dan kaedah pengesanan aktiviti mencurigakan yang berkaitan dengan transaksi mata wang kripto. Melalui perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pakar agensi berkaitan, bengkel ini diharap dapat membantu melahirkan pegawai yang lebih peka, berdaya tahan, dan bersedia menghadapi cabaran jenayah kewangan digital masa kini.

MAJLIS KONVOKESYEN CERTIFIED FINANCIAL INVESTIGATOR PROGRAM (CFIP) TAHUN 2025

PUTRAJAYA, 4 Mei 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengadakan Majlis Konvokesyen Certified Financial Investigator Program (CFIP) Tahun 2025 di Dewan Serbaguna, Aras 1, Menara Seri Wilayah. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 116 para graduan terdiri dari pelbagai agensi dan jabatan penguat kuasa dan dilengkapi dengan ucapan perasmian YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. 

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa graduan ini merupakan benteng hadapan negara yang memikul amanah besar dalam mendepani ancaman jenayah kewangan yang semakin tersusun dan merentas sempadan. Program pensijilan strategik ini, yang terjalin melalui kerjasama antara NFCC dan UTM, merupakan manifestasi aspirasi Malaysia MADANI untuk melahirkan tenaga kerja yang berintegriti dan kompeten di peringkat global. 

Beliau turut menyentuh aspek keselamatan ekonomi negara, termasuk keberkesanan inisiatif Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam mendepani krisis tenaga global yang telah berjaya menjimatkan subsidi petrol sebanyak RM1.9 juta dalam tempoh pelaksanaan yang ditetapkan. Keupayaan penyiasat CFIP ini amat kritikal dalam memastikan hasil negara tidak tiris akibat aktiviti penipuan dalam talian yang mencatatkan kerugian RM2.9 bilion pada tahun lalu.

Syabas kepada para graduan atas dedikasi dalam mengangkat martabat perkhidmatan awam demi membina Malaysia yang lebih selamat dan berdaya saing.

#CFIP2025 #MalaysiaMADANI #Integriti #PerkhidmatanAwam #NFCC #UTM

PROGRAM RAKAN RANCANGAN PUTRA FM DENGAN PENYELARASAN NFCC

SERDANG, 30 April 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan NasioPusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diwakili oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah dijemput sebagai tetamu oleh Putra FM di Konti Putra FM UPM, Serdang. 

Sehubungan itu, NFCC telah dijemput sebagai rakan perancangan dalam program siaran Putra FM bagi memperkukuh usaha penyampaian maklumat berkaitan pencegahan jenayah kewangan kepada masyarakat. Kolaborasi ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai ancaman penipuan kewangan, memperkasa pengetahuan pengguna, serta menggalakkan amalan kewangan yang lebih selamat dan berintegriti. Melalui platform ini, NFCC komited untuk terus menyokong inisiatif pendidikan dan advokasi demi kesejahteraan ekonomi rakyat.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Jumaat 15 Mei 2026, 09:01:46.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

372507
Today: 446